Hommies Tutorials Tips Freebies Official FB Official Twitter Official Blog

Friday, November 16, 2012

Biodata Peserta Idola Kecil 5 serta Tagline dan Gambar

Asalamualaikum korang dan Salam Sejahtera :)  
Ini 1st Entry dalm blog bru yang Iera buad dalm masa 3 hari :L
Haha itu pun ad bantuan kawan2 yang baik hati tolong iera edit dan sebagainya :)


Ini dia tajuk utama kita iaitu Idola Kecil 5 2012.
Tahun lepas iera masuk ujibakat idola kecil 4 tpi xdpt dan tahun
ini kawan sekelas iera pulak pergi dan sampai tahap bootcamp sahaja :).
Okay lah tu masuk sampai bootcamp dri iera sampai ujibakat je xD haha
Tahun ni ada 11 peserta :) 7 Perempuan dan 4 Lelaki.
Nak kenal dieorng?? Jom scroll ke bawah :)

11 Peserta Idola Kecil 5 (2012)

1- Aina
2- Batrisyia
3- Ben
4- Darling
5- Farra
6- Izwan
7- Marsha
8- Wana
9- Zul
10- Annur
11- Haiqal



Biodata Peserta Idola Kecil 5


Aina Idola Kecil 5,Biodata Peserta Idola Kecil 5
Biodata Aina Idola Kecil 5
Umur: 11 tahun
Asal: Simpang Durian, Negeri Sembilan
Harapan: Saya ingin menjadi Juara Idola Kecil 5 dan gunakan duit tersebut untuk masa depan dan membantu ibu bapa saya.
Idola: Dato’ Siti Nurhaliza, Ziana Zain
Pencapaian: Saya menjuarai Bintang Kecil 2011 dan menjadi naib juara pada tahun 2012 di Peringkat Zon. Saya mendapat 5A dalam peperiksaan akhir tahun dan mendapat tempat pertama dalam kelas.
Tagline: Inilah Caraku.

Batrisyia Idola Kecil 5
Biodata Batrisyia Idola Kecil 5
Umur: 12 tahun
Asal: Kuala Terengganu, Terengganu
Harapan: Saya ingin belajar teknik vokal yang betul dan ingin membanggakan keluarga.
Idola: Dato’ Siti Nurhaliza.
Pencapaian: Menyertai pertandingan Bintang Kecil Peringkat Kebangsaan di Sarawak tahun 2010. Persembahan terbaik 2010 untuk pertandingan Bintang Kecil dan pernah buat persembahan melalui konsert orkestra di Terengganu.
Tagline: Kali Ini Lebih Hebat.

Ben Idola Kecil 5
Biodata Ben Idola Kecil 5
Umur: 11 tahun
Asal: Johor Bahru
Harapan: Saya ingin ke konsert Justin Bieber dan ingin menjadi juara Idola Kecil Musim ke-5. Jika saya menang, kemenangan itu adalah hadiah untuk ibu bapa saya.
Idola: Justin Bieber, Bruno Mars, Zizan Razak dan Najwa Latif
Pencapaian: Pernah membuat konsert bersama Dentyne-Terrar-Ok. Selain itu, saya juga menyertai sukan olah raga dan pernah mendapat pingat gangsa.
Tagline: Saya Belieber.

Darling Idola Kecil 5
Biodata Darling Idola Kecil 5
Umur: 12 tahun
Asal: Kulim, Kedah
Harapan: Saya ingin buat yang terbaik untuk menjadi juara Idola Kecil 5.
Idola: Dato’ Siti Nurhaliza, Shila Amzah, Selena Gomez, Adele, Demi Lovato.
Pencapaian: Pencapai terbesar saya ialah membuat persembahan di hadapan DYMM Yang di-Pertuan Agong di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Saya juga boleh berbahasa cina.
Tagline: Versatil Itu Saya.

Farra Idola Kecil 5
Biodata Farra Idola Kecil 5
Umur: 12 tahun
Asal: Labuan, Sabah
Harapan: Ingin menjadi juara Idola Kecil musim ke-5 dan saya pasti masyarakat di Sabah akan bangga dengan saya.
Idola: Shila Amzah
Pencapaian: Pernah menyertai program realiti Tom Tom Bak, menjadi peserta Kem Muzik Kebangsaan pada tahun 2012, menjadi tokoh kehadiran Ko-Kurikulum PBSM, menjadi peserta Bintang Kecil Zon Sabah 2011 dan Bintang Remaja Zon Sabah 2012.
Tagline: Oh My Turban.

Biodata Izwan Idola Kecil 5
Umur: 12 tahun
Asal: Semenyih
Harapan: Ingin menang dalam program Idola Kecil 5 kerana ingin membantu keluarga. Selain itu, saya ingin memiliki i-Phone.
Idola: Tomok, Arwah Achik Spin, Justin Bieber
Pencapaian: Pernah menyertai pertandingan nasyid di Peringkat Negeri, menyertai pertandingan kawad kaki Peringkat Zon dan mendapat tempat ke-3 semasa tahun 6 dalam acara bola baling di Peringkat Daerah.
Tagline: Dalam Hati Ada Taman.

Marsha Idola Kecil 5
Biodata Marsha Idola Kecil 5
Umur: 12 tahun
Asal: Bera, Pahang
Harapan: Ingin berjaya dan akan buat bersungguh-sungguh dalam rancangan ini.
Idola: Shila Amzah, Selena Gomez.
Pencapaian: Tempat ke-3 dalam pertandingan (IKTIRAF) Pelajar Terbaik.
Tagline: Ma,Ini Untukmu.

Wana Idola Kecil 5,Biodata Peserta Idola Kecil 5
Biodata Wana Idola Kecil 5
Umur: 12 tahun
Asal: Kota Bharu, Kelantan
Harapan: Saya ingin menjadi juara Idola Kecil 5 kerana itulah cita-cita saya.
Idola: Liyana Jasmay, Dato’ Siti Nurhaliza, Selena Gomez.
Pencapaian: Saya pernah menyertai pertandingan nasyid, bola jaring dan lompat tinggi.
Tagline: Vibrato Kelate.

Zul Idola Kecil 5
Biodata Zul Idola Kecil 5
Umur: 11 tahun
Asal: Batu Caves
Harapan: Saya ingin mendapat tempat pertama supaya saya dan keluarga dapat menunaikan haji bersama.
Idola: Ziana Zain
Pencapaian: Mendapat tempat ketiga dalam pertandingan nyanyian Karnival Wow Star Search tahun 2012 di Putrajaya. Pernah menyertai sukan bola tampar dan mendapat tempat yang kedua.
Tagline: Padang atau Pentas.

Annur Idola Kecil 5
Biodata Annur Idola Kecil 5
Umur: 12 tahun
Asal: Skudai, Johor
Harapan: Buat yang terbaik dan tidak mahu mengecewakan ibu dan bapa saya.
Idola: Alyah dan Adele
Pencapaian: Juara Bintang Kecil tempat ke-2 di Umall Pulai Utama, pelajar harapan 5A UPSR di Sekolah Kebangsaan Universiti (1), mendapat tempat ke-2 Acara Rejam Lembing Peringkat Sekolah.

Tagline: ♥.

Haiqal Idola Kecil 5
Biodata Haiqal Idola Kecil 5
Umur: 11 tahun
Asal: Sepang, Selangor
Harapan: Memenangi hadiah yang bernilai RM15,000 supaya saya dapat membiayai ibu bapa saya untuk mengerjakan Umrah.
Idola: Kumpulan Spider dan PSY
Pencapaian: Juara Bintang Kecil Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah 2011 SKBBST, Saguhati Bintang Kecil RTM 2012.
Tagline: Oppa Haiqal Stail.

Korang minat mana?? Iera minat darling,aina,ben and izwan <3 Kalau korang siapa pulak ye?? Haha korang nk tengok x konsert 1 deirong ?? okay nah ni die ::





Untuk maklumat yang lanjut anda boleh Klik Sini!! .
Kalau dah baca jangn lupe komen ye :P

0 comments:

Post a Comment